Jumaat, 13 April 2018

PEMASARAN BUKU FIXI



Image result for fixi
Syarikat penerbitan buku pada masa kini semakin berkembang luas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satunya adalah adalah syarikat penerbitan buku FIXI. Buku FIXI ialah penerbit buku bebas Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pembikin filem Amir MuhammadNama syarikat tersebut diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang mana juga diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’. Ianya  juga dipetik dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’, dan juga menggunakan Bahasa Latin ‘fiction'. Nama Fixi dipilih sebagai simbolik yang menandakan tidak ada apa-apa yang asli dalam dunia pernovelan. Pengasas FIXI ini mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat ini selepas menghadiri majlis anugerah buku tempatan. Merujuk kepada laman sesawang syarikat penerbitan FIXI ini, dapat dilihat bahawa syarikat itu mengkhususkan bukan sahaja dalam cereka urban kontemporari akan tetapi menjurus kepada pelbagai aspek karya seperti seram, aksi, cerpen, jenayah, komedi, politik, sosial, remaja dan sebagainya.  Sebagai contohnya dalam genre seram seperti Puaka, Asrama dan Dihantu. Jenayah pula adalah seperti Bingit, Buruan, dan Dark City. Dan akhir sekali, politik memuatkan karya seperti SejadahSetelah meneliti buku-buku yang dijual di lamkan sesawangnya, buku yang dihasilkan oleh FIXI ini adalah dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris selain turut sama melakukan terjemahan bahasa asing dan novel grafik.
‘Button’ utama yang termuat di dalam lawan sesawang ini:
·         Utama
·         6 Pack FIXI
·         Koleksi
·         Siri Label
·         Penerbit
·         Genre
·         Bakul

Perkara lain yang termuat di dalam laman sesawang tersebut adalah koleksi buku dan siri label. Apa yang menariknya di dalam laman tersebut, siri label tersebut mengkelaskan buku-buku tersebut kepada beberapa bahagian seperti :
·         Buku-buku Malaysia dalam Bahasa Inggeris di bawah label Fixi Novo
·         Buku-buku ‘lama’ di bawah label Fixi Retro.
·         Terjemahan karya bestseller dunia yang terbaru pula diletakkan di bawah label Fixi Verso.

‘Bestseller’ bagi karya FIXI juga turut termuat di dalam laman sesawang ini seperti Gantung, Puaka, Salafi, Kampus dan Kacau. Di dalam laman ini juga turut menyatakan harga buku-buku yang dijual selain turut menyertakan cara-cara untuk pembelian atas talian dan kadar caj penghantarannya.. Di samping itu, pihak FIXI juga turut menyediakan peluang bagi para pembacanya untuk berinteraksi dan bertanya soalan kepada mereka.
Senarai penerbit dari syarikat penjualan buku yang lain turut disertakan di dalam laman sesawang ini. Antaranya seperti Dubook, Lejen, Matahari, Neon, dan pelbagai lagi. Selain itu, di dalam laman sesawang ini turut memuatkan sehingga 1,000 buah buku dan menjual 92 judul buku terbitan Fixi.

10 ulasan:

  1. Oh, dengan info ini baru saya tahu berkenaan terbitan FiXI ini. Terima kasih atas info yang berguna ini

    BalasPadam
  2. Wahh... Menariklah.. Boleh promo blog ni dkt fb ke insta ke...

    BalasPadam
  3. Pada pendapat cik ombak, adakah industri penerbitan buku akan terus berkembang pada masa akan datang? Sebab saya rasa trend membeli buku terutamanya buku2 terbitan fixi adalah trend hipster yg bersifat sementara. Mungkin ada orang yg betul2 minat membaca buku, tp pd hemat saya golongan tersebut hampir pupus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bukan cik ombak. Saya brosastera. Terima Kasih bertanya. Pada pendapat saya industri buku akan semakin berkembang pada masa akan datang. KIta pada masa kini pelbagai cerita,sudut pandang, kritikan, idea yang dihasilkan berbanding dahulu yang dilihat jumud hanya kepada genre yang tertentu sahaja. Moga bercambah lagi golongan yang minat membaca pada masa akan datang :)

      Padam