SASTERA SIBER DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA (SUMBER TEMPATAN)
Kajian Chew Fong Peng (2009), iaitu “Sastera
Siber dan Perkembangannya di Malaysia” memperlihat berkenaan era teknologi
maklumat yang telah merubah wajah sastera Melayu dari bentuk lisan dan bercetak
kepada bentuk sastera siber menerusi kemudahan internet. Menurut kajian
tersebut terdapat lebih 542 laman web khusus untuk sastera siber Melayu di
internet. Di Malaysia terdapat beberapa laman utama yang menyediakan ruang
untuk peminat dan kelompok muda untuk berkarya. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik dan temubual. Hasil kajian
mendapati terdapatnya beberapa faktor yang mendorong penyertaan masyarakat
dalam berkarya menerusi alam siber. Menurut kesimpulan di dalam kajian beliau
karya sastera alam maya adalah bersifat lebih dinamik dan hidup. Dalam pada
itu, soal jaminan mutu anjakan paradigma masyarakat, yakni tugas untuk
memastikan mutu karya kreatif itu terletak di bahu pengarang itu sendiri.
Berikutan itu, karya E-Sastera memberikan ruang interaksi antara penulis dengan
pembaca.
Chew Fong
Peng (2009), “Sastera Siber dan Perkembangannya di Malaysia”.
Penerbitan
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
IMPACT OF TECHNOLOGICAL
ADVANCEMENT ON LITERATURE (SUMBER LUAR NEGARA)
Bharat
R Gugane telah melakukan kajian terhadap e-sastera dalam jurnalnya yang
bertajuk “Impact of Technological
Advancement on Literature” (2014). Penulisannya adalah bertujuan untuk
melihat impak positif dan negatif teknologi terhadap karya dan bidang kesusasteraan
itu sendiri.
Menurut
Arnold, kesusasteraan ialah perkara asas dalam mengenali diri sendiri dan dunia
ini manakala sains ialah satu perkara yang perlu dilihat dalam sastera. Maka
sains merupakan satu bahagian dalam sastera. Ramai penulis yang mengaitkan
hubungan sains dan sastera pada sebelum ini. D.H.Lawrence pula mengatakan sains
ialah bidang ilmu tentang manusia dalam bentuk yang separa manakala sastera
ialah kajian manusia dalam bentuk yang penuh atau hakiki. Beliau menyatakan
teknologi merupakan agen penghubung kepada sains dan sastera. Teknologi telah
mengubah budaya, sosial, dan kehidupan berekonomi manusia secara drastik dari
zaman yang lepas. Kesusasteraan turut terikut dengan perkembangan teknologi
pada hari ini. Hal ini kita dapat lihat sastera pada zaman dahulu cuma mampu
untuk dibukukan tapi pada zaman teknologi ini semuanya dalam bentuk digital
serta mampu diakses hanya menggunakan telefon bimbit dan komputer. Antara impak
positif teknologi dalam sastera ialah penghasilan bahan sastera semakin mudah
jika dibandingkan pada zaman dahulu. Jika dahulu buku dibukukan oleh penulis
dan memakan masa beberapa bulan untuk diterbitkan tetapi dengan adanya
teknologi, buku dihasilkan dalam bentuk digital dan boleh diakses menggunakan
internet sahaja. Buku dalam bentuk digital lebih dapat menarik minat pembaca
berbanding buku yang dibukukan. Sebagai contohnya Amazon iaitu salah satu nama
besar dalam penghasilan buku telah menghasilkan “Kindle”, satu perisian
elektronik untuk membaca buku. Selain itu, pengkarya dan penulis lebih bebas
untuk berkarya dalam e-sastera kerana tidak menggunakan kos. Mereka boleh
berkarya dan menyampaikan imaginasi mereka melalui blog mereka sendiri. Bukan
itu sahaja, penulis juga boleh berinteraksi dengan pembaca melalui teknologi.
Hal ini berbeza dengan buku tradisional yang menghadkan interaksi antara
pembaca dan pengkarya.
Terdapat
juga impak negatif e-sastera kepada masyarakat dan dunia. Salah satunya ialah ia
memerlukan pengetahun dalam bidang teknologi untuk mengakses bahan sastera.
Masih ramai lagi masyarakat yang tidak pandai menggunakan komputer, telefon
bimbit dan alat teknologi yang lain. Selain itu, kualiti karya sastera juga
mungkin berkurangan. Hal ini kerana pengkarya obses menghasilkan kuantiti karya
yang banyak tanpa menitikberatkan kualiti sesebuah karya itu. Maka bidang
sastera dipenuhi dengan bahan-bahan penulisan yang kurang berkualiti.
Teknologi
dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana ianya saing berkaitan. Sastera
merupakan saksi rakaman kehidupan manusia sejak dahulu lagi. Manakala kehadiran
teknologi telah mengubah bidang sastera dari segi penghasilan karya dan
pengedaran buku-buku sastera. Perubahan yang ketara ialah daripada bentuk buku
bertulis kepada bentuk buku digital.
Bharat R Gugane
(2014), “Impact Of Technological
Advancement On Literature”.
New
Man International Journal Of Multidisciplinary Studies, Department of English,
Bhonsala Military College, Rambhoomi, Nashik (MS).
Terbaik. Satu info yang menarik
BalasPadamTerima kasih atas maklum balas saudari
BalasPadam